Wednesday, September 18, 2013

Rahsia Sang Pelangi

Rahsia Sang Pelangi

   “BUKAK pintu ni sekarang!” laungan orang di luar menyentak kepalanya yang sedang enak di buai mimpi indah. Matanya terkebil-kebil. Tubuhnya di angkat, namun kepalanya terasa berdenyut yang amat. Sakitnya hanya tuhan yang tahu.

   Kedengaran beberapa suara sedang mula memecahkan pintu bilik. Namun itu tidak dihiraukan. Dirinya lebih tertumpu untuk mengingati apa yang berlaku.

   Bola matanya terarah ke arah pemuda di bawahnya. Matanya yang celik dibesarkan.

   “Kau…!!” laungnya. Namun bunyi pintu dipecahkan membuatkan kata-katanya mati. Matanya terarah ke ruang pintu masuk bilik.

   “Jangan nak buat apa-apa.” Mereka bersuara.

   “Kami dari JAIS. Kamu ditangkap kerana berkhalwat!” Ya Allah. Mukanya menggeleng. Selimut ditarik, diselubunginya. Salah seorang pegawai wanita menariknya masuk ke dalam bilik air.

   “What have you done?!” laungnya. Matanya mula panas. Entah bila air yang bertakung di dalam kolam matanya akan memuntahkan segala isinya. Tangannya laju menghalakan penumbuknya ke arah pemuda di hadapannya kalau bukan dirinya di halang pegawai wanita tadi.  

   “Kamu berdua sila ikut kami ke pejabat sekarang.” Suara pegawai JAIS itu menyentak lamunannya pada wajah itu.


………………..
  “Kau jangan nak sengih-sengih dengan aku.” Pegawai itu pantas mematikan senyumannya. berdehem beberapa kali. Sesekali menyemak laporan dihadapannya.

   “Bila aku mengaku yang aku tak bersalah, tak bersalah la. Ingat aku rela sangat ke buat maksiat dengan lelaki tu?” Kali ini suaranya meninggi. Membiarkan lelaki itu mendengar setiap buih bicara yang membuatkan hatinya panas.

   “Berani kau menyentuh anak dara Haji Yusof! Aku akan pastikan kau tak akan nampak dunia ni lagi!” Bentaknya. Wajah itu memandang ke arahnya.

   “Bawa istigfar cik. Kami sedang menyiasat kes ini. Sila beri kerjasama.”

   “Bila api amarah yang datangnya daripada syaitan laknatullah ni mula memakan diri, aku akan pastikan mayat kau lansung tak dapat dikesan walau dengan kepakaran antarabangsa sekali pun.” Sekali lagi dia bersuara.

   Pang! Satu tamparan hangat singgah ke pipinya. Gadis itu terpana. Perit. Menoleh ke arah orang yang berani menamparnya tanpa amaran. Bulat matanya memandang orang itu. Lelaki yang disumpahnya tadi hanya memandang kelu.

   “Abah tak pernah ajar anaknya kurang ajar dan tak pernah ajar anaknya menyumpah atas nama syaitan. Di mana perginya imanmu wahai adikku?” suara itu menyakitkan hatinya. Matanya mula bergenang. Bila-bila masa akan memuntahkan lavanya yang tertinggi kerana dicemari.

   Kakinya laju meninggalkan pejabat itu. Adi menggeleng perlahan. Tidak membenarkan sesiapa mengekorinya.

   “Tuan, ni laporan daripada pihak perubatan Cik Nadia. Memang di dapati positif dadah jenis meperidine yang mungkin bercampur dengan minuman.” Adi meraup wajahnya beberapa kali. Sejak bila gadis itu boleh terleka dengan sekelilingnya?

   “Ada kesan lain?”

   “Kami dapati ada cap jari orang ketiga dan keempat yang tidak dikenali. Mungkin dari orang yang cuba mengenakan Cik Nadia. Atau cap jari orang lain.” Terangnya. Seperti yang telah di duga.

   “Ada kesan apa-apa lagi?”

   “Buat masa ni, tiada tanda-tanda gangguan sexual pada Cik Nadia. Mungkin benar ia satu perangkap.”

   Adi menarik nafas panjang. Beristigfar beberapa kali. Sebentar tadi keluarga daripada pihak lelaki ada membuat panggilan kepadanya. Menyatakan maaf secara terang-terangan. Mungkin musuh anaknya atau mereka yang ingin mengenakan mereka sekeluarga. Namun di abaikan. Salah gadis itu juga yang membiarkan dirinya mudah terperangkap dalam situasi yang baginya terlalu biasa. Mungkin Allah memberi ujian kepada orang yang betul dan dikehendaki-Nya.  

   “Dah tu macam mana dengan kes di JAIS?” Soal pegawainya semula mematikan lamunannya.

   “Saya dah suruh mereka tutup kes ini daripada mata orang lain. Malah keluarga dari pihak lelaki pun sudah sedia maklum. Plan baru terpaksa diubah sebelum hal ini merebak kepada umum.”

.
…………………
.
   Langkah lariannya semakin pantas. Setiap denai yang dilaluinya tadi diredah seakan-akan tiada masalah. Hujan yang semakin lebat tidak membataskan lasung pergerakkannya kakinya di dalam hutan simpan yang menjadi tempat dia melepak sejak lahir.

   Sesekali manik jernih bercampur dengan titisan hujan yang membasahi pipi. Perit. Namun di biarkan. Rasa bagaikan jarum halus yang di bekukan di dalam peti ais, menampar pipinya.

   Namun bukan itu yang dirisaukannya. Kehadiran mereka dari kotaraya besar itu semakin menakutkan dirinya yang semakin panik.

   “Bonda! Ayahanda!” suaranya dari luar semakin kuat, bersama-sama dentuman kilat yang memancar. Matanya teralih ke arah model BMW X6 di kanannya, dan sebiji lagi model Audi R8 di sisinya. Langkahnya semakin di perlahankan. Air liurnya di telan. Bulat matanya melihat model di hadapannya. Amboi, ni apa hal ni? Datang kampung aku pakai kereta mewah. Nak menunjuk ke apa ni?

   Beberapa orang kampung mula datang mengelilingi kawasan perumahannya dengan berpayung. Ada yang beberapa kali melalui jalan besar di hadapan rumahnya.  Ada pula siap berkampung di hadapan rumahnya untuk menyaksikan pesta keramaian lagaknya. Walaupun hujan menimpa.

   “Bonda, ni siapa yang gedik nak mampus datang ke…” Kata-katanya mati di situ. Lapan pasang mata terarah ke arahnya yang penuh dengan lumpur dan selut. Bibirnya bergetar.

   “Bonda…” kaki Puan Khadijah laju mendapatkan anak perempuannya. Menarik gadis itu keluar.

   “Bonda, apa ni?”

   “Dengar dulu apa yang bonda nak katakan.” Nadia menarik nafas dalam. Dihembusnya keluar. Terdapat kepulan wap nipis keluar dari bibirnya. Dirinya mula merasa kedingingan hutan yang mencengkam. Jam baru menunjukkan ke angka 4 petang. Seakan-akan maghrib lagaknya.

   “Mereka datang nak merisik kamu. Setelah apa yang berlaku dua minggu lepas. Mereka nak bertanggungjawab. Terutamanya Aidan.” Nadia terkedu. Aidan!

   “Dia dah minta maaf pada kami mengenai kekhilafan yang dilakukan pada kamu dahulu. Dan mereka datang nak menjadikan kamu sebahagian daripada keluarga Dato’ Tenku Syukor.” Penumbuknya di genggam erat. Darahnya mula mengelegak.

   “Dan kami semua dah terima pinangan Aidan.”

   “Bonda!” Suara guruh bergema berdentum-dentum memanah bumiNya. Nadia terkedu. Air hangat mula melimpah menuruni pipinya yang penuh dengan lumpur. Allah, terasa kartun diriku ini saat itu. Terlalu dramatic.

   “Susah kita nak tutup mulut orang Nadia. Dengan cara begini sahaja kita boleh mengelakkan fitnah.”

  “Bonda, mereka yang membuat fitnah, mereka yang membuat dosa. Kenapa kita yang perlu menutup segala fitnah mereka? Mereka memang hidupnya bergelumang dengan dosa. Kenapa Dia yang perlu menjadi mangsa?”

   “Nadia, bonda tak pernah ajar anak-anak bonda memusuhi orang lain. Lagipun tiada salahnya rasanya bonda hendak menikahkah kamu dengan lelaki yang baik. Mereka datang dengan memohon maaf dan ingin mengikat tali silaturahim dengan kita. Tiada salahnya sekiranya mereka ingin berbuat baik?” Memang tiada salah. Tetapi kenapa aku? Aku muda lagi kowt! Nadia keep your macho babe!

   “Dah tu, bonda nak Dia buat apa?”

   “Terima pinangan Aidan tu nak. Dia bersungguh-sungguh minta pada ayah kamu. Mulanya abah kamu menolak. Melutut juga anak muda itu. Dirinya semangnya kesal kerana ingin mendapatkan kamu dengan cara yang tak betul. Dia dah tahu siapa galang yang memerangkap kamu berdua. Hampir-hampir sahaja tadi digonyongnya pemuda itu sekiranya tiada iman di dalam dirinya.”

   Nadia mula menyengih. Yes, abah sokong! Yahoo!

   “Siapa orangnya bonda?”

   “Orang tu dah terima pembalasannya. Biarkan saja.” Eleh, tak mahu aku cari untuk bagi pembalasan aku la tu. Ceh!

   “Abah cakap apa lagi lepas tu?”

   “Dia terima. Setelah di brainwashnya satu family tu.” Semakin lebar sengihannya. Aku suka! Hahahaha…

   “Kalau abah dah cakap begitu, Dia terima. Tetapi Dia tak berani jamin, kehidupannya akan normal seperti pasangan lain.”

   “Dia pun dah sedia maklum akan kerja kamu, kehidupan kamu.” Nadia memandang pelik.

   “Mana dia tahu?”

   “Dari boss kamu.” Bos? Gulp! Aih, macam mana aku boleh lupa yang En Adam dan Puan Adrina tu satu geng dengan mamat tu. Nadia mengeluh perlahan. Bala ni, bala!

   “Kalau kamu terima, bonda nak maklumkan kepada mereka.” Langkahnya semakin menjauh. Semakin laju degup jantungnya. Seakan-akan tiada tetap duduknya. Semakin laju kaki itu melangkah mendekati rumah, semakin hilang jantungnya, nafasnya mula mengeluarkan kehangatan yang semakin mendebarkan. Ya Allah, betulkah percaturan yang Engkau buat untuk diriku yang serba kurang ini? Sedangkan aku memiliki sejuta impian untuk cuba menakluki alamMu. Semoga Engkau mempermudahkan segala urusan.

   Di sebalik tingkap rumah itu, matanya tertacap pada bola mata jernih itu. Lama. Bola mata itu turut memandangnya sayu. Seakan-akan mengaharapkan satu kepastian. Pantas matanya dialihkan ke arah lain. Hujan semakin renyai. Langit semakin lama semakin cerah. Langkahnya laju menuju ke pondok di belakang rumahnya.


………………..

   Tepat jam sepuluh pagi, pagi yang tenang dan mendamaikan. Hanya kedengaran alunan kipas di ruang tamu rumah. Dirinya selamat menjadi milik kepada Tengku Aidan bin Tengku Haji Syukor. Ruang tamu itu semakin galak dengan lensa kamera yang berada di mana-mana. Di setiap sudut di ambil.

   Senyuman di hadiahkan kepada ayahnya. Untuk pertama kali, dirinya melihat sepasang air mata seorang lelaki yang bergelar bapa menitis dan hari itu adalah hari ini, hari perkawinannya. Betapa beratnya hati tua itu melepaskan anaknya. Abangnya menghilang entah ke mana. Sejak lelaki a.k.a suaminya melafazkan kata akad, abangnya turut melangkah pergi. Mungkin menangis dalam diam. Abangnya yang sulung itu pantang melihat ada orang melihatnya menangis. Hilang kemachoannya. Apa-apa je la bang long. Janji Nadia pernah nampak. Hehehe…

   Sesekali genggaman tangannya kakaknya terasa sehingga ke tulang hitam. Betapa tabahnya mereka hendak melepaskan dirinya pergi. Itu juga merupakan antara penyebab kenapa dirinya tidak mahu berkahwin. Sesekali tisu tangan di hulurkan. Baru dirinya sedar yang tangannya berpeluh.

   Semalam mimpi apa la, dirinya tidur bersama-sama abangnya. Berbagai cerita yang keluar. Hampir-hampir sahaja dirinya ingin membatalkan sahaja perkahwinannya. Namun cubitan ketam Kak Ita menghentikan segalanya.

   Ada ke patut pie brainwash adiknya dengan cerita-cerita kenangan lalu mengusik jiwa. Nadia hanya ketawa membalas. Diselang selikan dengan nasihat. Mereka tahu dirinya masih terkesan dengan apa yang berlaku baru-baru ni.

   “Nanti jangan Nadia jadi wrestler pula. Ingat, syurga bawah tapak kaki suami. Jika dia dah sah menjadi suami kamu, layan dia sebaiknya. Jangan biarkan dia keseorangan. Lupakan denga apa yang berlaku.” Nadia mengangguk faham. Rambutnya dibelai. Terasa asyik dan terbuai-buai. Kemudian masuk pula kakaknya, kemudian bondanya. Dan last-last, satu family tinggal dalam satu bilik. Bersesak habis, dengan cucu Haji Yusofnya. Naik ting tong jadinya. Mana taknya, tidur je nak dekat subuh. Esoknya nikah.  

   Memang mengamuk mak andam pagi tu. Siap membebel, “walaupun hakak ni pernah andam ramai anak dato la, Tan Sri la, ni la kali pertama hakak dapat manusia macam kau ni. Degil! Orang suruh tidur awal, yang hang pie tidur jam 3 pagi tu apa hal. Pagi tu tahu tak?! Ni kes nak kena touch up berinci-inci la niii..”

   Nadia sengih dalam hati. Relex la hakak. Saya ni pure beauty. Cantik luar cantik dalam. Cantik macam mama. Ewahh…Tetapi dalam hati je la.

   Kembali ke reality. Degup jantungnya semakin berdebar. Suara tok kadi mengumumkan yang dirinyasudah sah menjadi miliknya. Jarinya mula berpeluh.

   “Aidan, kiss her.” Suara nakal mula kedengaran. Mungkin sahabat handai Aidan dari luar negara. Doktor la kan, mesti la study abroad. Balik Malaysia cari pasal dengan aku pula. Aidan mengangkat tangan tanda sabar. Nadia mengerling bengang. Hamboi, sempat lagi.

   Cincin emas rotan dihulurkan kepadanya. Perlahan-lahan jari Nadia disentuh lembut. Nadia tersentak. Jantungnya semakin laju berdegup sebaik sahaja tangan itu menyentuh jarinya. Rasa sejuk dari tangan itu terasa sehingga ke tulang belakangnya membuatkan bulu romanya menegak. Jarinya diangkat, di hulur ke arahnya.

   Dengan lafaz bismillah, cincin emas itu tersarung kemas di jari manisnya. Nadia menari-narikan jarinya tanda berjaya di sarung. Senyuman di hadiahkan.

   Tangan kanan itu teralih pula ke dagunya yang runcing. Diangkatnya sedikit agar menghadap ke arahnya. Bibir itu bergetar sebaik sahaja menyentuh dahi luasnya. Terasa kehangatan yang berlainan. Berbeza dengan kucupan yang diberi alongnya. Terasa kelainannya.

   Rasa apa ya? Kenapa laju sangat jantung ni berdetak? Aku confuse!


………………..

   Adam mengangkat tangan tanda okay. Puan Adrina tersenyum. Sesekali memeluk Putera Akil mereka di sisi. Mengangkat tangan bayi lelaki itu, melambai-lambai ke arahnya. Bahagia sungguh mereka. Nadia tersenyum kelat. Ha…ha. Suka la tu kan. Kenenkan aku dengan orang yang dia suka. Hampeh punya ketua.

   Nadia tersenyum membalas. Kemudian penumbuk di talakan ke arah mereka berdua dengan gigi taring sengaja di tunjukan. Mereka ketawa senang. Ingat aku main-main ke apa.

   Malamnya, majlis bersanding di adakan di dewan La Palma. Lengkap dengan gaun putih bersih dan tiara di kepala. Permintaan bonda Aidan yang inginkan menantunya memakai baju pengantin yang di tempah khas untuknya. Walaupun hatinya berat, namun dirinya akur setelah di brainwash oleh bondanya tadi. Minggu ni banyak betul dirinya kena. Nampak sangat betapa nakalnya aku ni. Risau aku yang rosakkan anak orang, bukan orang yang rosakkan aku. Gulp! Okay, aku terlebih berimaginasi.

   Mak andam mula riuh menempek wajahnya dengan make up. Tidak terlalu tebal kerana katanya seri pengantinya jelas kelihatan. Dirinya termalu sendiri mendengar kata-kata itu. Mana taknya, hatinya sebenarnya excited terlebih.

   Dari jauh, entah kenapa wajah itu yang membuatkan jantungnya berdegup laju sebaik sahaja pintu bilik terbuka. Sedangkan semalam dirinya masih menyumpah seranah tubuh itu kerana memerangkapnya. Dan kini, dia adalah suaminya yang sah. Matanya menyapa sepasang mata yang begitu jernih. Mendamaikan. Nadia pantas melarikan semula matanya sebaik terkantoi dengan sepasang mata yang indah itu. Aidan tersenyum sendiri. Jari telunjuknya di angkat, tanda ‘nakalnya dia’.

  Aidan menghadiahkan semula senyumannya. Aduhai, jangan la senyum. Cair make up aku kang. Eh apa pula, cair hati aku. Kang ada yang kena terkam ni. Huah! Pengantin perempuan tak tahu malu, siapa lagi, aku la!
.
.
………………..
.
   Kakinya melangkah perlahan mendekati pintu bilik itu. Semakin lama semakin mendebarkan. Hanya lampu di depan pintu yang menunjukkan jalan ke arah bilik itu. Choi! Bukan filem hantu la nak mendebarkan sangat. Poyo gila kau kan Nadia.

   Digagahi juga kakinya mendekati bilik di tingkat paling atas.

   Usai majlis reception tadi, mereka berdua, pulang ke rumah menuju ke bilik suaminya yang teratas. Saudara mara yang lain tinggal di hotel tadi yang ditempah khas oleh keluarga pihak lelaki. Dapat juga la mereka merasa tinggal di hotel semalam.

   Di rumah keluarga Aidan, ada tiga tingkat kesemuanya. Memandangkan dirinya anak bongsu lelaki, keluarganya memberi bilik paling atas untuknya. Sekali berkongsi tingkat dengan kakak pertamanya yang masih belum berkahwin. Namun Aidan masih mendapat bilik yang agak besar. Tanda sebagai hadiah di hari perkahwinannya.

   Tombol pintu di pulas.

   Matanya membulat. Mak aih, ni bilik ke rumah? Mewah sakan mamat ni tinggal. Ups, abang.

   Bilik yang hampir serba serbi lengkap itu di pandangnya.

   “Berapa lama lagi Rina nak tercongok depan pintu tu?” suara garau menegur. Pantas dia menoleh ke belakangnya. Aih, bila masa dia ni ada disini? Kejap! Apa yang dia panggil aku?

   “Lama abang tunggu Rina.” Matanya terbeliak. Dia tunggu aku? Apakah?

   Kakinya melangkah mendekati katil.

   “Awak, saya nak tidur mana?” soalnya. Aidan memandang. Lama ke arah bola mata hazel itu. Chop! Jangan pandang, hilang semua organ dalaman aku nih.

   “Mana-mana yang Rina suka.” Sahutnya. “Dalam bilik air pun boleh.” Wahhh, ni perli baik punya. Kakinya melangkah menghampiri bilik air. Aidan tergamam, pantas menarik lengan gadis itu.

   “Rina nak pergi mana?”

   “Tidur.”

   “Jangan nak memandai. Tidur kat katil ni.”

   “Kata boleh tidur dalam bilik air?”

   “Abang gurau je la. Dah jom tidur sini.” Ditariknya lengan gadis itu namun Nadia pantas menahan. Aidan tergamam. Takkan dia ni nak buat betul-betul?

   “Saya nak pergi bilik air la. Nak terkucil, salin baju…dan mandi.” Sahutnya satu persatu. Aidan terpana. Nampak telinganya merah saat itu. Nadia ketawa perlahan. Haila, mamat ni malu pun memang cristal clear.

   “Rina kenakan abang ya. Ooo, meh sini. Mana nak lari.” Laju tangganya menggeletek tubuhnya yang masih tersarung baju pengantin.

   “Awak, saya minta maaf.” Namun tidak diendahkannya. Makin galak jarinya menyentuh setiap inci tubuh gadis itu.

   Semput dirinya menahan ketawa. Dan mengelak setiap jari yang meraba tubuhnya. Suara mereka berdua bergema.

   Beberapa orang menggeleng sambil mengukir senyuman.

   “Alhamdulillah. Harap anak kita bahagia, bang.” Sahut Datin Humaira. Suaminya mengangguk. Sesekali meneguk teh panas yang terhidang di hadapannya. Menghirup udara malam selepas hari yang sibuk amat menenangkan. Mata tua mereka tidak mahu terlelap.

   “Tak lama lagi bakal dapat cucu la awak.”

   Mereka berdua terbaring lemah di atas katil. Nadia menarik nafas dalam. Semput setelah dikerjakan suaminya. Entah bagaimana la rupa dirinya sekarang ni.

   Nadia perlahan bangun. Penat berkejaran di dalam bilik itu. Nasib baik tak ada heart attack. Free-free je kena pergi hospital.  Nak risau apa, laki kau kan doctor.

   “Awak, saya nak bangun.” Sahutnya sebaik sahaja di angkat punggungnya, kainnya terasa dihimpit. Aidan turut sama bangkit dari pembaringan. Nadia masih berusaha menarik bajunya.

   Aidan menyentuh lembut pipi gadis itu dengan belakang pergelangan tangannya. Nadia terhenti dari menarik. Lebih kepada terkejut sebenarnya. 

   Jari itu menari-nari di wajahnya seketika. Daripada dahi, turun ke alis mata, kemudian ke pucuk hidung, teralih ke kedua belah pipinya. Kemudian menetap di bibirnya. Perlahan mendekat.

   Nadia yang tergamam dengan situasi itu tergerak ke belakang. Aidan terhenti dari meneruskan.

   “Kalau Rina masih belum selesa dengan abang, tak apa lah.” Sahutnya perlahan. Nadia terkedu. Matanya lama menyinggah ke wajah suaminya. Aidan berlalu meninggalkan tempat itu, melangkah keluar bilik.
.

………………..
.
   “Awak.” Namun tidak bersahut. Aik, baru mandi tak sampai sejam dah tertidur ke? Dah nama pun nak sampai sejam. Takut la katakan. Nasib baik aku tak buat sampai dua jam ke. Langkahnya di dekatkan di atas gazebo di luar bilik. Wow, ada kolam renang kecil di luarnya. Cantiknya tempat ni. Simple but gourgeous. Kolam yang bukan untuk berenang. Mungkin untuk bersantai sambil berendam. Buat spa sendiri. Jap, dalam bilik air pun ada. Apakah? Kepalanya ting tong seketika.

   Matanya teralih pada tubuh yang terbaring di atas gazebo yang beralas tilam itu. Menghenyek punggung di sisi suaminya.

   “Awak, jom tidur di dalam. Nanti awak demam. Esok kita nak bertolak ke Sabah.” Sahutnya perlahan. Namun tiada tindak balas.

   Nadia menarik lengan pemuda itu supaya bangun. Namun hanya badannya yang ditarik, matanya tidak terbuka lansung.

   Tiba-tiba tubuh Aidan menghempap tubuhnya. Nadia cuba mengimbangi badan. Fuh, boleh tahan berat mamat ni. Nampak je kurus. Lagi berat dia ni dari M16. Mahu hari-hari aku kena buat push up. Kenapa aku terfikir nak dukung laki aku pula ni? Sah kau dah mereng ni Nadia…

   Tangannya melingkar ke pinggang pemuda itu.

   “Awak, jom tidur. Nanti awak demam. Kita terlambat nak bertolak esok. Flight jam 10.” Sahutnya lagi. Namun tidak diendahkannya. Nadia membaringkan semula tubuh suaminya di atas tilam empuk itu. Kakinya melangkah menuju ke dalam bilik.

   Beberapa ketika kemudian, tubuhnya menarik selimut dan meletakkannya di atas tubuh suaminya. Kemudian berlalu semula ke dalam. Kali ini keluar dengan beberapa biji bantal besar.

   Kakinya meniti satu persatu tangga gazebo. Duduk berhadapan suaminya yang masih terbaring. Kakinya di letakkan di celah peha Aidan. Bantal di tarik agar pemuda itu selesa. Lantak la, dia tidur sini, aku pun tidur sini. Bonda pesan kalau suami tidur jauh, dia pun kena ikut. Nak angkat memang tak larat la.

   Nadia tersenyum sendiri. Matanya lama menyinggah pada wajah suaminya. Alis mata yang cantik terletak. Pertama kali dia melihat pemuda itu, wajah pemuda itu sememangnya kacak. Lelaki idaman melaya. Mungkin idaman hati. Perlahan-lahan jarinya menyentuh dahi itu. Kemudian turun menyentuh bibir. Perlahan-lahan dia mendekat. Lama bibirnya mengucup bibir itu. Terasa dengupan jantungnya semakin laju.

   Matanya dibuka. Bulat matanya melihat suaminya sedang memandangnya.

   Nadia bingkas bangun. Kakinya laju meninggalkan gazebo, melangkah masuk ke dalam bilik, laju menghampiri bilik air. Di kunci pintu itu. Titik! Diabaikan saja mak nenek yang dilanggarnya tadi.


………………..
.
   “Jangan harap you akan dapat Aidan daripada I.” Suara Julia menekan. Terkebil-kebil matanya mendengar syarat yang kebudakan-budakan melampau itu. Ai, baru tak sampai seminggu aku nikah dah kena serang. Apahal? Dah la ni tempat honeymoon aku. Mana la dia tahu aku kat sini.

   “Sepatutnya biar I saja yang kena tangkap dulu, bukan you.” Vah, vah, mengaku juga kau akhirnya kan. Nak kenakan aku. Diri sendiri yang merana. Namun, hanya sengihan yang diberikan. 

   Julia bengang. Kakinya mampir mendekati gadis itu dengan tangannya di depangkan ke depan. Nadia yang seakan-akan dapat mengagak apa yang akan berlaku, laju sahaja tubuhnya mengelak tolakkan itu. Julia tergamam, tidak sempat menghentikan tindakannya.

   Gedebur! Bunyi benda berat jatuh ke dalam kolam renang di hadapannya membuatkan beberapa orang datang mendekat. Suara jeritan Julia kedengaran lantang, dengan keadaan dirinya yang tenggelam timbul.

   Beberapa orang pembantu mula terjun mendapatkan gadis yang mula tenggelam timbul. Menariknya ke atas. Nadia hanya memerhati. You get what you deserve.

   Julia terbatuk. Entah berapa galen air ditelannya dia sendiri tidak pasti. Dari jauh derap kaki seseorang mula mendekat.  

   “Apa yang berlaku?” Suaranya kedengaran. Nadia kenal akan suara itu. Namun dirinya lansung tidak menoleh. Julia mula kedengaran teresak-esak. Bingkas bangun memeluk tubuh suaminya. Iris tergamam, namun riak wajahnya cuba untuk di kawal.  

   “Aidan, your wife tolak I.” Rengeknya. Tangannya melingkar erat pada pinggang pemuda itu. Dah dijangka. Namun kakinya masih berdiri kaku.

   “Is that true, Rina?” tinggi suaranya. Nadia masih menyepi. Matanya memandang kosong ke tengah kolam.

   “Adrina!” Iris terkedu. Adrina?! Matanya mengerling ke arah Aidan. Aidan tergamam. Bola mata itu berbeza daripada biasa. Warna hijau emerald yang bercahaya terang. Seakan-akan seekor kucing sedang memburu mangsa.

   Nadia melangkah meninggalkan kolam renang. Aidan terpinga-pinga. Sesekali tubuhnya teroleng-oleng ditarik Julia agar mendekatinya. Pantas dia cuba menjauhkan dirinya. Menolak gadis itu ke sisi.

   “Aidan!” namun laungan itu lansung tidak kedengaran. Kakinya semakin laju mendekati deck chalet.
.
.
………………..
.
   Matanya memandang lama ke arah pantai di hadapannya. Lututnya dipeluk rapat ke dada. Angin malam menampar lemah pipinya yang mula kemerahan.

   Kakinya mengensot perlahan ke arah katil bersaiz king. Hari ini merupakan hari keempat dirinya sah bergelar isteri kepada seorang doctor pakar. Dan selama itu dia masih belum melaporkan diri. Ketuanya sendiri yang memberi pelepasan kepadanya. Lama pula tu. Hampir sebulan. Rasa nak di cakarnya lelaki itu. Dah la isterinya aku kena jaga. Lepas tu suruh aku cuti lama-lama. Apa kes? Kerja kat pejabat tu, dia apa tahu? Punya la banyak. Dengan meeting bagai. Aigoo…

   Satu hembusan berat di lepaskan. Badan di hempas malas ke arah katil. Matanya memandang lama ke arah siling bilik. Terdapat chandelier kecil di tengahnya. Berayun perlahan, bersama-sama deruan angin laut yang menampar pantai. Namun tidak dibiarkan terbuka. Membiarkan dirinya di dalam kelam malam.

   Peristiwa petang tadi menganggunya. Entah bagaimana modenya yang satu lagi boleh terlepas. Dan orang yang nampak adalah suaminya. Harap dia tak syak wasangka. Yang kau ni pun satu, dulu sebelum kena tangkap basah, tak keluar pula mode tu. Hai, dah nasib badan. Allah lebih tahu segalanya.

   Namun naluri kewanitaanya sedikit terusik dengan panggilan tadi.

   ‘Adrina!’

   Suara itu bagaikan halilintar yang masih terngiang-ngiang di pendengarannya. Satu keluhan di lepaskan. Cuba melupakan apa yang berlaku. Bilik mewah itu di pandangnya. Kelam bagaikan tiada penghuni. Bertemankan lampu meja solek di dinding. Bilik itu yang sepatutnya menjadi bilik bulan madu mereka. Hari pertama menjejakkan kaki di chalet itu sudah ditanya di mana katil satu lagi. Kalau dah dalam keadaan kalut tu memang kalut la. Dah la pertama kali jauh daripada keluarga. Duduk sekali pula tu. Memang macam-macam boleh berlaku.

   Ni kalau ketuanya tahu, habis-habisan dirinya di perli. Rasa sampai ke anak cucu. Perangai katang, bila time macam ni, jadi anak kucing kehilangan ibu. Tak tentu arah. Dalam meeting bukan main hebat. Siap bukak silat segala bagai. Marah orang tak buat kerja di site. Sanggup bersekang mata stay di site semata-mata nak buat concreting. Boleh kawal pekerja asing. Sekali dengan suami sendiri, macam hamster. Warghh, harap dia tak tahu la. Tidak gali kubur sendiri dan tanam.

   Kalau abang sulungnya tahu lagi parah. Nampak je ganas, tapi dalam hati ada taman. Siap ada bunga ros lagi kau. Haih, pura-pura pengsan la kalau dia tahu. Dalam kelam sengihannya melebar. Terlupa akan kekusutan yang melanda.

   Tetapi suaminya itu seakan membiarkan sahaja. Di malam pertama mereka, mereka tidur seperti biasa. Tiada lansung tanda-tanda lelaki itu akan menyentuhnya. Mungkin agak terasa kehampaan di situ, namun di tahan. Mungkin penangan kahwin ‘paksa’ membuatkan mereka sedikit kekok.

   Dah tahu gitu, pie kawin ngan aku buat pa? Pie la kawin dengan tunang hang yang dulu. Lepas tu membazir bawa ke chalet mewah bagai camni. Not my style okay. Arghh, tension aku gini! Rambut paras bahunya di kocak.

   Bunyi pintu dibuka kedengaran jelas. Laju kakinya masuk kedalam selimut seluas alam. Lampu di petik. Terang seketika ruang tidur utama itu sebelum dipadam semula. Kedengaran langkah semakin menjauh. Mungkin menuju ke bilik air.  

   Nadia berpura tidur. Walaupun amaran keras telah diberikan oleh bondanya agar tidur selepas suami tidur. Maaf bonda, malam ni pun tak boleh.

   Terasa selimutnya di tarik. Dengan berat tubuh badan menghimpit sisinya membuatkan katil itu tenggelam sedikit.

   Tiba-tiba terasa seseorang menyentuh lembut tengkuknya. Lembut dan hangat. Sesekali jari itu menarik-narik rambutnya yang menganggu pandangan. Nafas hangat melingkar di tengkuknya yang cuba di tahan.

   “Selamat malam sayang. Sayang hanya untuk abang seorang sahaja.” Bisikan lembut itu membuatkan dirinya mula keresahan. Lelaki itu kesal dengan apa yang berlaku tadi. Matanya memejam rapat. Serapat-rapatnya. Jantungnya berdegup laju. Cuba mengawal diri yang mula meremang kegelian. Terasa sentuhan hangat itu menyentuh pipinya, sebelum beralih ke bibirnya. Lama mereka begitu.

   Aidan beralih ke tempat tidurnya. Sebaik sahaja tiada pergerakan yang dirasa, perlahan menghembus nafas. Entah berapa lama di tahan. Wah, ambil udara…ambil udara…ning nong…Entah macam mana la rupa aku tadi. Adeii…

   Perlahan di kerling ke kanannya. Suaminya tidur mengiring ke kanan, tidak mahu menoleh ke arahnya. Bagus juga tak toleh. Leh saya tengok awak lama sikit malam ni. Sengihan semakin melebar. Teringat kata-kata yang di dengarinya tadi.

   ‘Selamat malam sayang. Sayang hanya untuk abang seorang sahaja.’

   Wow, rasa nak melompat atau terbang ke atas riba suaminya saat itu juga. Suka ya amat. Kenapa tak beri tahu siang-siang? Kejap, kejap. Entah sebelum ni pun dia buat macam tu. Alahai bahagianya.

   Tubuhnya mengensot perlahan, betul-betul di belakang suaminya. Kedengaran dengkuran halus di sisi, semakin jelas. Nadia tersenyum malu. Apa la yang awak mimpikan tu, sayang?

   Perlahan jarinya melingkar ke dada bidang Aidan. Hangat dan selesa. Semakin lama semakin kejap. Dan akhirnya matanya turut sama terlelap.


………………..
.
   Tubuhnya mengeliat kecil. Tangannya di regangkan. Cahaya matahari terbit mula mengintai masuk melalui tingkap gelonsor di kirinya. Udara pagi yang mendamaikan. Bersama-sama alunan pantai menghempas pasir. Burung pantai mencari makan. Amat merdu sekali. Wah, sedapnya tidur kat tilam ni. Tak nak bangun. Tidur selamanya pun tak apa.

   “Amboi, seksinya mengeliat.” Nadia terhenti. Matanya dibuka luas. Cuba mengingati perkara yang sedang berlaku. Owh, my honeymoon la sangat rupanya. Pantas bajunya yang menampakkan pusatnya ditarik semula. Nadia menjelir lidah. Aidan ketawa perlahan. Perlahan dia bingkas bangun, duduk bersimpuh di atas tilam empuk itu. Lama dia merenung suaminya yang duduk bersantai di atas kerusi chalet.   

   “Awak ni dah bersiap nak pergi mana?” soalnya pelik. Segak dengan vest petak melekap di badan. Dan berseluar jean. Wah, handsome nya mamat ni. Fewittt! Nak mengorat boleh??

   “Rina bersiap dulu. Nanti abang beritahu kita nak ke mana.” Sahutnya selamba, sesekali membelek surat khabar di tangannya. Nadia mencebik. “Cepat!” sahutnya.

   Tubuhnya diloncatkan di atas katil sebelum mendarat di atas lantai berkarpet. Aidan mengeleng. Buas betul isterinya ni. Namun hanya senyuman yang di hadiahkan. Sesekali tangannya di usap. Masih terasa kehangatan pelukan isterinya malam tadi.

   Kakinya bergegas menuju ke bilik air. Sesekali bibir gadis itu menguntum senyuman lebar. Tak sabarnya nak ikut. Mana la dia nak bawa ni? Lalalalala…


……………..
.
   Udara pantai yang menampar tubuh dibiarkan. Suasana kedengaran sepi. Kebanyakannya sudah pulang ke bilik masing-masing. Seharian mereka melakukan segala aktiviti yang disediakan chalet kepadanya. Jenuh seharian mengikut. Ada sahaja aktiviti yang dilakukan. Dan kini, mereka dibiarkan berdua. Aidan memeluk erat isterinya. Membiarkan gadis itu berasa lebih selesa.

   Nadia tersenyum senang. Membiarkan tubuh suaminya memeluk erat tubuhnya. Kepalanya disandar ke dada bidang Aidan. Sesekali mengurut perlahan, jari-jemari suaminya yang melingkar di pinggangnya. Aidan selesa begitu.

   “Awak, kalau saya tanya satu soalan boleh tak?”

   “Banyak pun tak apa sayang.” Aku suka betul bila dia panggil aku macam tu. Rasa nak terbang!

   “Kenapa awak pilih saya?”

   “Kenapa ya?” Satu cubitan halus singgah pada lengannya yang sasa.

   “Kita tanya dia, dia tanya kita pula.” Aidan tersenyum. Di sentuhnya lembut hujung hidung isterinya. Nadia mengeliat geli.

   “Tapi kita suka.” Huarghhh, dia tiru aku bercakap pulak. Aidan ketawa. “12 Julai, tiga tahun lepas.” Aidan menghentikan kata-kata. Nadia mendongak memandang suaminya.

   “Kenapa dengan tarikh tu?”

   “Rina sedang buat apa?” Nadia menyepi seketika. Sedang berfikir apa yang berlaku dengan tarikh itu.

   “Saya dihantar ke Afrika. Sebagai sukarela ke sana dalam Misi Menyelamat, dibawah PDRM kerjasama dengan tentera.” Sahutnya. Masih teringat lagi detik-detik cemas ketika di sana. Dirinya sememangnya sukarela menjadi pasukan penyelamat yang mewakili melaysia ke sana.  Tidak tersangka akan terpilih menjadi sebahagian dalam misi penting itu. “Kenapa?”

   “Sepatutnya tarikh tu tarikh abang berkahwin dengan Julia.” Nadia terkedu. Tubuhnya terangkat sedikit. Aik, apa kaitan aku dengan dia nak kawin. Aku tanya salah soalan ke tadi?

   “Owh jadi tujuannya nak kenakan abang la sebenarnya. Tapi saya yang jadi mangsa. Dah tu kenapa pilih saya kalau dah ada orang lain?” Aidan tersenyum. Nadia mencebik. Nak menyembur la tu.

   “Itu pilihan ibu abang. Kira kalau abang kahwin, itu merupakan pilihan keluarga bukan abang. Rina tahu yang dulu abang pernah bersama Aimey Adrina kan? Isteri Adam sekarang?”  Nadia mengangguk perlahan. Pernah Puan Adrina ceritakan sedikit mengenai dia dan suaminya. En Adam berkawan baik denganNamun itu semua sudah berlalu.

   “Abang agak frust waktu itu. Jadi abang setuju sahaja mana-mana pilihan mama berikan kepada abang. Dan tarikh itu sepatutnya menjadi tarikh perkahwinan abang.” Okay yang ini aku tak tahu dan tak sangka.

   “Sehari sebelum nikah, abang mendapat surat daripada PB untuk menghantar wakil Malaysia ke Afrika. Dan abang setuju. Walaupun ketika itu persiapan dah dibuat. Lengkap. Tinggal nak panggil tok kadi, dan abang pakai baju melayu. Namun abang tegas nak pergi ke sana. Ramai yang menghalang.” Nafas dihembus perlahan. Semakin erat tangannya mengenggam tangan isterinya. Iris mencakar lembut lengan suaminya. Telinganya di pasang.

    “Abang di hantar ke Afrika untuk turut serta dalam misi menyelamat.” Sekali lagi disebutnya. Nadia masih beriak selamba. Bukan seorang dua yang pergi. Hampir 150 orang. Jadi dirinya tidak dapat mengagak sesiapa yang berada di sana.  

   “Waktu itulah abang nampak kelibat wajah seorang gadis yang penuh kotor. Namun kekotoran itu seakan-akan bukan penghalang buat dirinya untuk meneruskan misi selama tiga bulan itu.” Dadanya berdegup laju. Pantas tubuhnya dikalih menghadap suaminya.

   “Abang ada di sana? Se…sebagai apa?”  Ups, terguna juga istilah abang. Pantas mulutnya di cekup. Nadia menunduk malu. Entah macam mana boleh terlepas dirinya sendiri tidak pasti.

   Aidan tersenyum. Dipicit lembut hidung merah itu. Geram melihat telatahnya sahaja.  

   “Takkan sebagai askar pula. Profesion abang apa?” Nadia terdiam. Mukanya menunduk. Okay, ni memang kartun habis. Ditariknya lengan suaminya. Kepalanya di perosok masuk ke dalam ketiak suaminya. Aidan mula ketawa. Terenjut-enjut dirinya menahan gelak. Mukanya mula memerah. 

   “Abang ni jahat.”

  “Abang pula. Dia tu yang terlupa.” Nadia mencebik.

   “Back to the story.Then what happen?”

   “Mata abang terlihat sekujur tubuh yang asyik memujuk anak kecil yang hampir berputus asa. Sanggup berhadapan dengan segala apa rintangan yang berada di hadapan. Abang ingat lagi ketika kumpulan abang di serang puak pengganas, ketua kami yang berada di pusat utama seakan-akan pasrah. Tiada satu anggota kumpulan pun yang di hantar untuk misi melindungi kami yang agak jauh dari khemah utama. Kami sangkakan saat itu riwayat kami akan tamat.” Katanya terhenti. Nafasnya di tarik dalam. Nadia dapat rasakan turun naik dada suaminya yang berdegup. 

   “Dalam kami keadaan kalut itu, ada seorang anggota tanpa rasa takut menerkam ke arah mereka. Laju dan tangkas. Mungkin kerana bilangan mereka yang sedikit membuatkan anggota itu cekap menjalankan tugasnya. Dengan sekali serangan, kesemua pengganas itu tumbang.” Nadia menunduk sepi. Dia tahu siapakah orang yang diceritakan itu.

   “Walaupun masing-masing dalam keadaan takut, dia seorang sahaja yang seakan-akan kami bergantung harap. Sehingga la team kami berjaya.” Suaranya kedengaran serak. Nadia menyepi. Terasa tubuhnya di peluk erat, kepalanya di tarik agar bersandar dengannya.

   “Abang takut?”

   “Agak takut. Semua orang di sana sebenarnya dalam keadaan takut. Memang kita di sana berada dalam keadaan tak selamat. Dan memang tiada lansung jaminan yang kita akan pulang hidup-hidup. Namun bila kami di selamatkan oleh anggota itu, harapan kami jadi tinggi. Setiap malam kami akan solat hajat memohon perlindungan-Nya.”

   “Dan abang masih ingat lagi. Mata hijau emerald. Sama warna dengan warna mata Rina malam tu. Itu membuatkan abang yakin Rina la orangnya yang berada dalam team abang.” Nadia terkedu. Sememangnya dia ingat akan peristiwa itu. Tetapi dirinya tidak ingat lansung yang suaminya ada di situ.

   “Okay, serious saya tak ingat. Yang saya ingat, saya ada selamatkan satu team. LEpas tu serius tak tahu apa jadi.” Aidan tersenyum. Nadia memandang pelik.

   “Abang la antara orang yang Rina selamatkan tu.”

   “Really? Wah memang kuat betul jodoh kita.” Sahut Nadia ketawa riang.

   “Abang masih rasa lagi Rina memeluk erat abang. Waktu tu kita di kelilingi oleh lima orang pengganas. Pistol 20mm kaliber milik Rina dah kehabisan peluru. Abang rasa saat itu ajal akan tiba. Tetapi tiada siapa sangka, Allah itu Maha Mendengar segalanya. Entah dari mana Rina boleh mendapat kekuatan sebegitu, menyerang mereka tanpa henti hinggalah…”

   “Peluru buta mengenai lengan.” Mereka berkata serentak. Nadia menoleh melihat suaminya. “Abang la doctor yang menyelamatkan saya dulu.” Aidan mengangguk perlahan.

   “Saat tu abang takut sangat akan kehilangan Rina. Waktu itu umur Rina muda lagi, baru nak masuk 21 kan?” Kali ni giliran Nadia mengangguk. “Namun mata Rina lansung tiada perubahan. Hijau emerald itu sentiasa bercahaya seakan-akan sedang berjaga-jaga sewaktu abang merawat Rina sehingga Rina tertidur di sisi abang. Setelah bantuan tiba. Setengah hari Rina tak sedarkan diri itulah setiap masa abang berdoa. Siap niat lagi kalau kami berjaya tiba di Malaysia dengan jayanya, akan aku terima gadis itu menjadi isteriku. Dan Alhamdulillah, Allah kabulkan doa abang.”

   Nadia lansung tidak mencelah. Kepalanya menunduk. Malu mendengar kalimah keramat itu dari bibir orang yang mendoakan dirinya. Jantungnya berdegup laju. Hanya angin malam menjawab segala apa yang berlaku di langit Ilahi. Dia yang tahu segalanya. Dari awal kejadian sehingga selama-lamanya. Dan Dia lah yang Maha Melindungi apa yang di kehendakinya. Dan kami bertemu melalui keredhaan-Nya. Kami bersatu dengan doa dari keluarga kami.


………………..
.
   “Erm, abang. Saya nak pinjam kemeja abang boleh tak?” Aidan memandang pelik.

   “Nak buat apa?”

   “Nak main masak-masak. Mesti la nak pakai.”

   “Hadoi, memang la. Tapi kenapa baju abang pula?”

   “Kita nak makan dalam bilik saja kan malam ni? Saya sebenarnya tak bawa baju tidur.” Sahutnya perlahan. Namun lebih kepada malu sebenarnya. Sekali lagi Aidan memandang pelik. Matanya meleret ke arah almari baju.

   “Aih, sikit punya besar beg, tak bawak. Ya ke?”

   “Okay fine. Ada orang tukar isi dalamnya. Yang ada bukan barang saya. Entah siapa punya kerja.”

   “Haa, cakap macam tu kan senang. Barang apa yang buat Rina tak boleh pakai tu?” Dah agak dah mesti dia akan tanya. Arghhhh!

   “Erm, seluar pendek dan…”

   “Dan?”

   “Ling…erie.” Suaranya diperlahankan.

   “Haaa, bagus la tu. Cer pakai abang nak tengok. Asyik tidur pakai tshirt je.”

   “Mintak ampun. Tak mahu. Saya tak reti la nak pakai natang tu, setering, stering…g-string kejadah tuh. Boleh tak abang?” Aidan menahan ketawa.

   “Macam-macam la sayang ni. Pergilah. Nanti kalau pelayan datang nyorok dalam bilik air tahu.” Sahutnya. Jarinya laju menunjuk tanda okay, sebelum berlari masuk ke dalam bilik air.

   Terbeliak mata Aidan melihat isterinya. Berseluar pendek, dengan baju kemejanya tersarung pada isterinya.

   “Jangan pandang saya macam tu laa!” Sahutnya bengang. Tangannya mula digenggam. Menyesal aku pakai tadi. Lagi seksi adalah. Nak buat sangat gaya barat. Hambek kau. Aidan ketawa sinis.

   “Tengok sayang pakai macam tu, siapa yang tak tergugat. Siap la Rina malam ni.” Gulp! Mukanya memerah. Nadia menunduk sebelum deringan loceng berbunyi dari luar.

   Nadia berlari masuk semula ke dalam bilik air. Kurang daripada 15 minit kedengaran ketukan dari luar bilik berselang dengan suara suaminya. Perlahan kakinya keluar.

   Aidan meletakkan jari telunjuk ke bibir. Nadia memandang pelik. Dipusingnya gadis itu membelakanginya. Matanya di tutup. Nadia mengikut langkah yang dibawa suaminya.  

   Aidan membuka matanya. Iris tergamam. Di hadapannya, sebuah meja kecil, penuh dengan makanan dan lilin. Beberapa kuntum bunga juga kelihatan. Aidan menarik sekuntum bunga ros, di halakan kepada isterinya. Nadia mengambil sebelum menunduk memberi ucapan terima kasih. Di hidunya bauan daripada bunga itu.

   Aidan menarik kerusi untuknya. Kemudian dia duduk berhadapan dengannya. Nadia memandang lama ke arahnya. Kemudian perlahan mengangkat kerusi, duduk di sebelahnya.

   “Kenapa?”

   “Kalau makan semeja, saya tak suka duduk jauh-jauh.” Sahutnya. “Kalau boleh nak duduk sebelah, tak pun biar duduk satu kerusi je. Tak suka duduk jauh-jauh.”

   “Macam tu pula. Dah tak romantic dah.”

   “Apa pula tak romantiknya. Kalau dekat boleh main suap-suap, belai-belai, usik-mengusik.” Kata-katanya mati. Kening Aidan terangkat-angkat tanda mula hendak menggatal. Tulah, terlebih explaination. Padan dengan muka kau Nadia. “Tak kisah pun lah kan ceritanya. Janji saya dekat dengan orang tu. Dulu kat rumah abang selalu bising, saya mesti nak duduk dengannya. Saya suka makan bersuap dulu. Jadi tak kira apa pun, saya nak duduk dekat juga.”

   “Habis kalau duduk di kedai, meja tu untuk dua kerusi, berhadapan?”

   “Saya akan tarik duduk sebelah orang tu.” Sahutnya selamba. Matanya meliar memandang hidangan di hadapannya.”Banyaknya. Boleh habis ke?”

   “Boleh. Kalau abang suap Rina. Betul tak?” Soalnya. Nadia tersenyum. Tangannya laju mencapai sudu di sisinya.

   Malam ketujuh mereka berbulan madu. Malam yang cerah. Perlahan Aidan menyentuh bibirnya sebelum pucuk hidungnya menyentuh hidung isterinya. Nadia terpana. Lama membiarkan keasyikan yang mempersonakan dirinya. Nadia mengengam erat tangannya. Perlahan-lahan dilepaskan kucupan itu. Aidan memandang lama isterinya. Menghadiahkan senyuman yang mendebarkan. Nadia menoleh ke arah lain. Tidak mampu menahan panahan yang mampu menghentikan nafasnya.

   Aidan perlahan menyentuh lembut isterinya, mengurut lembut perut isterinya yang terdedah. Mengucup dari bawah ke atas. Nadia mengerang lemah. Terlalu mengasyikan. Dirinya terbuai indah. Bersama-sama alunan pantai menghempas pasir yang halus. Bernyanyi riang di telinga mereka seakan-akan sedang mendoakan penyatuan dua jiwa yang sedang enak diulit asmara.


……………….
.
   “Rina!” laungan itu membuatkan dirinya tertoleh melihat. Hatinya berbunga. Wajahnya ceria. Dari jauh wajah suaminya muncul di balik orang yang ramai. Segak dengan kot putih melekap pada tubuhnya yang tinggi lampai. Segaris senyuman di hadiahkan.

   “Aidan! Hai.” Suara itu muncul. Nadia terkedu mendengar. Senyumannya sedikit kendur. Matanya dipalingkan sedikit, melihat wajah empunya yang menyahut itu.

   Ceria. Itu sahaja yang dapat disampaikan. Adam hanya berdiri di sisi. Nadia hanya tersenyum membalas sapaan suaminya.

   “Adam, Adrina, you pun sama. Wah tak sangka. Dah berapa bulan dah?” Nadia telan liur. Matanya menoleh ke arah lain. Sesekali mengukir senyuman. Terasa palsu dirasakan.

   “Baru sahaja lagi. Kebetulan kami nampak Nadia. Join the group sekali. Akhirnya kamu bakal jadi ayah juga Dr Aidan. Tahniah.” Aidan tersenyum. Terasa bangga dirinya di puji begitu. Adrina membalas senyuman lelaki itu. Lelaki yang dahulu pernah tawan hatinya. Dirinya gembira melihat lelaki itu bahagia.

   “Wah ye ke? Lepas ni boleh la buat medical check up sama-sama. Set the date together. Tak ada la I risau sayang I sorang-sorang buat medical check up. Tapi sayang I la yang akan give birth dulu.”

   “Kami tunggu saat itu, Aidan. Kenapa kamu biarkan Nadia pergi sorang-sorang? Sepatutnya kamu kena teman dia.” Adrina bersuara tegas. Aidan tersenyum, sesekali memeluk erat isterinya yang semakin kelihatan boyotnya.

   “Timing Rina tak berapa nak kena dengan waktu kerja I. Hari ni adalah hari I shift sampai malam. Kadang-kadang ada panggilan kecemasan. I sempat datang jumpa bila dia sudah habis check up. Macam sekarang. Ni pun I boleh jumpa dia sekejap.” Mereka mengangguk perlahan. Serupa juga Adam yang juga merupakan juruterbang MAS. Waktu kerjanya tidak menentu. Adrina pula menguruskan syarikat jururunding, sesekali diuruskan oleh sepupunya.

   “Jangan biarkan dia keseorangan Aidan. Kalau I dapat tahu dia sedih, siap you.” Aidan ketawa.

   “Insya Allah tak akan sia-siakan hidupnya. I dah sayang dia lebih dari you sekarang ni.”

   “Wah ni yang buat I jelous pada Nadia ni.” Mereka bertiga ketawa. Namun Nadia hanya tersenyum. Entah kenapa perasaannya bercampur. Terasa sesuatu yang memeritkan dadanya.

   “Eh dah alang-alang apa kata kita lunch sama-sama. Jom la you all join kami. Dah lama tak makan sama kan?” Adrina mula memandang suaminya di sisi. Adam sekadar memberi senyuman kepada isterinya.

   “Sorry Aidan, kami plan nak makan di rumah mama I. Maybe next time.”

   “Okay. I pun nak hantar Rina pulang. See you guys again.” Sahutnya. Tangannya mengengam erat tangan isterinya.

   “Sayang kenapa ni? Daripada tadi senyap saja. Iris tak sihat ke?” Sesekali kedengaran lagu Biarlah Rahsia nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza berkumandang di corong radio.

   “Eh, ermm, saya tak apa-apa. Mungkin penat sikit. Seharian di hospital.” Bohongnya. Sedangkan saat itu dirinya cuba menahan kelopak matanya daripada mengalir.

   “Hmm, kalau macam tu, kita balik sahaja ya sayang. Abang masak.” Nadia tersenyum lemah. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Akur dengan kata-kata yang lahir daripada bibir suaminya.

…………….
.
   “Rina ada apa-apa nak cerita pada abang ke?” suaranya lembut, menyentuh nalurinya. Berbaring di sebelahnya. Sesekali menyentuh perut yang semakin membulat. Nadia turut sama mengusap lembut perutnya. Hanya kurang 2 minggu mengikut kiraan.

   “Hmm, tak ada apa-apa.” Sahutnya perlahan. Langit cerah dengan adanya cahaya bulan. Malam ni bulan purnama. Teramat indah cahayanya.

   “Rina nak luahkan apa yang berlaku baru-baru ini? Setiap kali majlis, Rina menghilangkan diri. Empat bulan lepas, sewaktu anniversary pertama kita pun Rina seakan-akan menjauhkan diri daripada abang. Kalau ada apa-apa yang Rina tak puas hati, Rina cerita pada abang ya sayang?” Aidan seakan-akan merayu. Pertama kali mendengar suaminya merayu. Selama ini dirinya tidak pernah membiarkan lelaki itu merayu walau apa jua permintaannya sekali pun. Tetapi permintaannya kali ini terasa lain. Kelopak matanya mula bergenang.

   “Saya jelous.” Bisiknya.

   “Apa dia sayang?”

   “Saya jelous.” Dikuatkannya suara. Aidan terdiam.

   “Rina jelous pada siapa?”

   “Abang tahu siapa.” Sahutnya perlahan. Wajah suaminya lansung tidak dipandangnya.

   “Aimey Adrina.” Tekanya. Nadia menyepi. Diam tidak terkata.

   “Kenapa dia?” soalnya lagi.

   “Tak ada apa-apa.” Balas Nadia lagi. Aidan menarik nafas dalam.

   “Abang ada terima pesanan daripada Adam.” Nadia masih tidak berganjak. “Dia beritahu, ‘Jaga Nadia sebaiknya. Jangan lukakan hatinya.’ Ada apa yang Rina terluka dengan abang ke? Sampai perlu Rina cerita kepada orang lain?” Nadia terkedu. Dia bingkas bangun dari pembaringan. Laju wajah itu di pandangnya. Wajahnya kelihatan merah menahan marah.  

   “Saya tak pernah cerita apa-apa pun kepada sesiapa. Malah pada keluarga kita pun tak pernah. Jangan abang mempertikaikan kejujuran saya. Sekali abang terlintas menafikan kejujuran saya, buruk padahnya.” Nadia bersuara tegas. Mula bersuara tegas namun masih cuba berlembut. Itu sesuatu petanda buruk buat dirinya.

   “Bagi tahu abang. Supaya abang tahu apa salah abang.” Aidan tidak mahu mmengalah. Nadia menoleh ke arah lain. Bangun menghampiri serambi. Duduk di atas buaian yang terayun perlahan. Kakinya menolak perlahan lantai kayu, membuatkan buaian yang dinaikinya bergerak.

   Aidan melangkah menghampiri. Dia perlu tahu juga. Apa yang membuatkan sahabatnya itu mengeluarkan kenyataan sebegitu.

   “Saya…” Nafasnya di tarik dalam. Aidan sabar menanti buih bicara yang diluahkan. Dirinya perlu bersedia. Baik dan buruk dirinya harus bersedia.

   “Kenapa abang tak pernah panggil saya dengan nama sebenar?” Akhirnya terluah juga kata-kata itu setelah hampir setahun di pendam.

   “Abang ingat sayang selesa dengan panggilan itu. Bukan semua rakan sayang panggil sayang itu?” Soalnya pelik. Nadia menarik nafas dalam. Dan Aidan sedar, isterinya tidak pernah membahasakan dirinya dengan dengan nama timangannya itu.

   “Abang, dah itu pun abang sebut rakan, kawan. Yang rapat dengan saya ada panggil saya ‘Rina’?”soalnya. Lama dirinya berfikir.

   “Abang, saya rasa terkilan bila nama pertama yang abang panggil adalah Rina, bukannya Nadia. Dan saya berharap sangat abang saya panggil saya Nadia. Takpun Akma. Tetapi dah lebih setahun saya tunggu. Malah setiap kali bertemu dengan keluarga Puan Adrina, abang tetap panggil saya Rina. Sedangkan mereka sendiri tak mahu panggil saya dengan nama Rina. Tetapi abang panggil saya dengan nama tu seakan-akan tiada lansung rasa bersalah.” Nafas di tarik dalam. Nama Nadiatul Akma berbisik lembut dalam sanubarinya.                                                                                                                                                                        
 
   “Dan abang tak perasan lansung perubahan muka mereka bila abang selamba memanggil nama Puan Adrina. Saya tahu dia kenalan abang dulu, sejarah abang dulu. Dia lebih tahu mengenai abang dari saya. Tetapi entah lah. Saya rasa cemburu yang teramat. Rasa abang bukan untuk Dia. Dia cemburu bila teringatkan yang puan Adrina yang kenal dulu dengan abang. Bila perasaan begitu memuncak, Dia akan pinggirkan diri. Kalau boleh tak nak semua orang tahu. Tetapi last-last orang yang jumpa Dia adalah along. Along tahu tabiat Dia. Kalau ada sesuatu yang Dia terasa atau tertekan, Dia akan sembunyi dari pengetahuan orang.”

   “Kalau Dia silap Dia minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Mungkin pembawakan budak jadikan Dia lebih sensitif daripada biasa sedangkan sebelum ni tak ada rasa cemburu pun. Mungkin lepas Dia melahirkan, Dia harap Dia tidak miliki lagi perasaan cemburu ni.”

   Tiada suara yang dilafazkan dari lelaki itu. Dia lebih kepada terkedu dengan apa yang didengarinya.

   Suasana bilik itu sepi. Wangian daripada lilin wangi lansung tidak menaikkan semangatnya. Hanya deru nafas yang kedengaran sekali sekala dilepaskan.

   Nadia bingkas bangun dari katil. Kakinya melangkah perlahan mendekati dapur. Dibiarkan lelaki itu berfikir sendiri tentang apa yang berlaku. Hatinya lega. Selega-leganya kerana berjaya meluahkan apa yang terbuku di hati sejak sembilan bulan yang lalu.

   Air yang mula bertakung di tahan. Dirinya sudah lama makan hati dengan perkara remeh begitu. Mungkin ini balasannya kerana membiarkan perkara remeh dulu. Dan kini, dirinya yang terasa azabnya.

   Pintu peti ais dibuka perlahan. Kotak Dutchlady perisa strawberry di ambil dan di tuang ke dalam gelas. Lega tekaknya setelah air susu itu mengalir ke dalam perutnya.

   Tiba-tiba darahnya berderau. Nafasnya laju. Nadia pantas memegang perutnya. Gelas di tangan segera di letakkan di atas meja dapur.

   “Abang…” laungnya perlahan. Nafasnya semakin berat. Suara derapan kaki semakin kuat menghampiri.

   “Sayang…”

   “Abang, contraction…” sahutnya perlahan. Aidan yang faham laju masuk ke dalam bilik semula. Mengambil tudung isterinya lalu di sarungkan. Beg untuk keperluan sememangnya sudah tersedia di dalam kereta. Sekiranya berlaku kecemasan seperti sekarang. Pantas tubuh itu dicempungnya.

   Peluh mula membasahi mukanya. Terasa perit yang mendalam.

   “Tahan sayang. Tarik nafas dalam, hembus. Ingat Allah.” Matanya meliar memandang ke arah jalan raya.

   Tiba di hospital, dirinya di tempat ke wad bersalin. Aidan memeluk erat tubuh isterinya. Terasa cengkaman erat isterinya yang berusaha untuk meneran. Sesekali kalimah Allah di bisikkan ke telinganya. Nadia mengikut. Namun entah kenapa terasa begitu sukar. Tenaganya semakin berkurangan. Hampir tiga jam lebih berada di dalam bilik bersalin membuatkan tenaganya tiada.  

   “Push sayang. Sayang kuat. Sikit ja lagi.” Nadia menggeleng lemah. “Push sayang! Jangan give up.”

   “Abang, Nadia nak minta maaf. Nadia minta maaf sangat-sangat kalau Nadia ada lukakan hati abang.” Bisiknya perlahan di telinga suaminya.  

   “Abang maafkan sayang, hari ini, sampai bila-bila pun. Kekasih abang, bidadari abang dunia akhirat. Abang sayangkan Nadia.” Nadia tersenyum.

   “Puan push, puan! Sikit sahaja lagi. Kami dah boleh nampak kepalanya.” Sebaik sahaja suaminya mengungkapkan ayat keramat itu, dalam sekelip mata dirinya selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

   “Tahniah Dr Aidan. Dr baru sahaja mendapat baby boy. Comel sangat.” Sahut Dr Azizah. Aidan tersenyum gembira. Matanya memandang wajah bayi yang di peluk Dr azizah.

   “Alhamdulillah, sayang, bangun sayang…sayang meh tengok baby kita. Kacak sangat putera kita sayang. Terima kasih Ya allah.” Namun tiada suara yang kedengaran.

   “Nadia?” tegurnya. Pautan isterinya cuba di lepaskan. Namun pautan itu sebenarnya sudah lama longgar. Jari gadis itu terlepas dari genggamannya.

   “Ya Allah Nadia!” Aidan segera meniup mulut isterinya menekan kuat dada isterinya.

   “Nadia, bangun sayang. Jangan tinggalkan abang. Sayang…Sayang ada banyak lagi hutang dengan abang. Bangun Nadia. Abang maafkan segala dosa Nadia dunia akhirat. Jangan tinggalkan abang, sayang. Nadiatul!”


………………
.

   Hari ni genap lima bulan umur Tengku Firdaus. Suara putera mereka kedengaran lantang di luar bilik. Seronok bermain dengan nenda dan atuknya di taman bawah. Semalam bukan main mereka berperang dengan ibunya di kampung halaman. Tak pasal-pasal dirinya dipaksa melahirkan seorang lagi. Hai, ingat Nadia ni kilang ke? Nak lahirkan baby yang hanya seberat 2.6kg ni pun sikit punya seksa. Ni nak beranak ramai-ramai pula. Tapi seronok.

   “Sayang, lambat lagi ke?”

   “Dah siap.” Laju dirinya menghampiri suaminya di gazebo.

   Aidan memeluk erat isterinya dari belakang. Mengepit kaki isterinya yang berada di celah kakinya. Sesekali mengusap lembut perut. Mulalah adegan menggatal hendak mencuibit-lengan suaminya.
.


~   Kenapa guna nama Rina?

Zaman sekolah dulu, Dia pernah buat pementasan di sekolah. Guna nama Irina. Meletop sampai ke hari ni. Dah semua pakat tak nak panggil Nadia, Dia terima je la diorang nak panggil Dia dengan nama Rina. Nadia tak suka orang panggil dengan nama tu sebenarnya.

~  Kenapa tak beritahu abang yang Nadia tak suka?

Nadia ingat abang tahu. Tapi dari tengok gaya lifestyle abang yang agak bersosial, Nadia tak berani nak kata apa.

~   Hijau emerald tu?

Personaliti Nadia yang lagi satu. Mungkin Allah ciptakan setiap orang berlainan. Atau nadia ada terkenan sesuatu masa kecil dulu. Nauzubillah. Setiap kali tubuh Dia mengesan bahaya, automatic iris mata Dia bertukar. Macam cerita spiderman. Pihak perubatan di London ada buat research tentang diri Nadia. Tetapi lebih kepada perubahan hormon je sebenarnya. Sejak itu mereka hentikan penyelidikan. Tak berbaloi. Alhamdulillah, dengan mata emerald tu la, Nadia lebih berani daripada biasa.
.
.
   Aidan tersenyum. Sesekali memicit geram pipi isterinya. Nadia merengek manja. Mata tidak lepas memandang ke arah langit malam. Bintang bercahaya megah. Sesekali perbualan mereka beberapa hari yang lalu menetas memorinya. Membongkar segala persoalan yang berlaku.
.
.
~   Sayang, abang nak minta maaf.

Minta maaf? Kenapa?

~   Mungkin cara abang mendapatkan sayang tak berapa nak halal.

Memang tak halal pun. Sebenarnya Dia ada plan nak buat jahat kat abang. Tapi abang ni baik sangat la pula. Macam tak sanggup nak di apa-apakan.

~   Owh, itu yang malam pertama curi-curi kiss abang time abang tidur tu ye.

Ala abang ni. Jangan la sebut lagi zaman jahiliah Dia tu. Malu tahu tak. Tiba-tiba abang buka mata pandang Dia. Mana nak menyorok.

~   Lepas tu satu malam duduk dalam bilik air tu ye.

Tahu tak apa. Nasib baik Dia tak tertampar abang ke. Dan juga selepas mendapat warning daripada bonda.

~   Wah, nampak sangat abang ni menantu kesayangan ibu.

Eleh perasan.

~   Dan sebab muka abang yang kacak kan? Buat hati sayang sentiasa berbunga, mendambarkan kasih sayang daripada abang setiap malam, mengimpikan pelukan abang selamanya. Kalau boleh tak mahu lepas pun kan?

Macam mana abang boleh tahu rahsia Dia? Tak best la kalau abang tahu semuanya.
.
.
   Nadia tersenyum malu, teringatkan perbualan mereka. Semakin erat pelukan suaminya. Terasa kehangatan tubuh suaminya melekat ke tubuhnya. Selesa yang teramat. Mungkin inilah perasaan seseorang yang memiliki sesuatu yang halal buat dirinya.  
.
.
Kita tak tangkap pun lagi gambar studio. 

~   Iya?

Emm.

~   Tetapi kita hidup setiap hari bersama-sama, jatuh cinta, mencintai dan di cintai. Merindu dan dirindui. Memiliki sebuah kehidupan yang penuh dengan keajaiban daripada-Nya. Membiarkan jiwa kita berkembang mekar bagaikan bunga yang hidup segar, di dalam udara yang menyegarkan, dibawah cahaya teragung-Nya dan yang kadang kala ia sesuatu yang tidak diduga. Diluar pemikiran akal manusia. Tetapi tiada siapa yang sangka selepas berakhirnya hujan, akan adanya pelangi yang cukup indah. Permulaan sang pelangi untuk menonjolkan dirinya adalah selepas wujudnya hujan.Kadang-kadang hujannya renyai, dan kadang-kala hujannya kuat, dasyat. Seperti taufan lagaknya. Seperti kisah kita. Kisah kita mungkin bermula dengan perkara yang tak diduga. Allah tahu segala percaturan yang disusun-Nya.

Pandai juga abang ni berfalsafah. Abang tak nak beritahu Nadia ke?

 ~   Beritahu apa?

Tentang apa yang abang cakap sewaktu di Afrika dulu.  

~   Hmm, yang itu. Kenapa?

Sebab Nadia tak berapa nak tangkap apa yang abang cuba sampaikan dulu. Nadia perasan yang abang ada cuba nak sampaikan sesuatu sebelum kita pulang ke Malaysia.

~   Abang cakap, ‘nama kita serupa. Kita akan ditakdirkan bersama.’

 Nama kita serupa? Apa maksud abang?

~   Aidan. Cuba terbalikkan.

Aidan. Nadia.

~   Dan waktu itulah abang mula-mula jatuh cinta dengan Nadia.

   Nadia tersenyum. Kenapa la dirinya tidak sedar akan perkara itu selama ini. Aidan seakan-akan mengerti dengan apa yang bermain di mindanya, semakin erat memeluk dirinya. Bibir itu laju menuju ke dahinya yang luas sebelum bercantum ke bibirnya yang memerah. Thank you Allah for everything. I love him so much, my prince, and my rainbow! And this is my short love story.



.:Tamat:.